TAHUKAH anda, kehebatan teknologi di Scotland membuatkan negara itu berjaya menarik ramai melancong daripada pelbagai pelosok dunia.
Antara yang menjadi kebanggaan rakyat Scotland, adalah teknologi lif berputar yang dikenali sebagai Falkirl Wheel.
Apa yang uniknya, Falkirl Wheel merupakan satu-satunya lif berputar di dunia yang berfungsi membawa kapal-kapal dari dua saluran air yang berbeza ketinggian.
Teknologi yang beroperasi pada tahun 2002 ini sekali gus berjaya memulihkan industri pelayaran Scotland dengan menyambungkan Forth dan Clyde dengan Union Canal.
Dari segi ilmu fizik, Falkirl Wheel sebenarnya menggunakan prinsip Archimedes yang cukup menarik.
Malah, pertukaran kedudukan lif untuk sampai ke saluran lain juga dikatakan hanya memakan masa tujuh minit. Jimat masa bukan?
Sedangkan, perbezaan terhadap antara dua saluran tersebut adalah setinggi 24 meter atau secara kasar menyamai ketinggian bangunan lapan tingkat.
Anda saksikanlah sendiri video bagaimana Falkirl Wheel ini berfungsi;
Bagi yang berminat, Falkirl Wheel Visitor Centre turut menawarkan pakej The Falkirk Wheel Experience Tour dengan menaiki kapal selama satu jam bermula di bawah roda di Forth dan Clyde, kemudian naik melalui roda ke Kanal Union untuk melawat kawasan berdekatan.
Apa lagi jangan lupa merasai sendiri pengalaman unik menaiki Falkirl Wheel ini yang terletak di Lime Rd, Falkirl ini jika anda melancong di Scotland. – MYNEWSHUB.CC