Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Doktor Serangan Seksual Dakwa...

CHICAGO - Bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat, Larry Nassar yang terbabit melakukan...

Indonesia Tingkat Status Berjaga-Jaga...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia telah mempertingkat status berjaga-jaga berkaitan Gunung Berapi Anak...

Kes Dera: Pemilik Taska,...

PUTRAJAYA - Pemilik taska di Presint 15 di sini dan dua bekas pekerja...

Bukan Mudah Nak Tumbangkan...

KUALA LUMPUR : Sebarang usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk...

Felda Travel Tawar Pakej Jejak Bumi Anbiyya’

BAGI mengimbau kembali nostalgia sejarah Islam di bumi Anbiyya’, Felda Travel selaku syarikat pelancongan terkemuka mengorak langkah memperkenalkan Pakej Ibrah Di Bumi Anbiyya’ yang bakal bermula pada September ini.

Menariknya, pakej mengembara ke Timur Tengah ini bukan hanya berlandaskan untuk berlibur semata-mata namun memberi peluang kepada orang ramai melihat tinggalan sejarah Islam serta menziarahi tempat-tempat yang pernah dilawati Rasulullah SAW dan para sahabat.

Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau yakin sektor perlancongan boleh menyumbang pulangan yang memberangsangkan kepada syarikat kerana rakyat Malaysia sangat gemar mengembara.

Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

“Saya yakin kemampuan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara dan ini adalah peluang yang baik untuk rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Anbiyya.

“Oleh itu, kami ambil kesempatan ini untuk menawarkan pakej ke destinasi yang sangat popular dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan tentang sejarah Islam,” katanya yang ditemui dalamƃā€šĆ‚Ā majlis pelancaran Pakej Ibrah Di Bumi Anbiyya’ di Kuala Lumpur, semalam.Screen Shot 2015-06-26 at 11.44.47 AM

Screen Shot 2015-06-26 at 11.53.11 AM

Tambahnya, pihak Felda Travel juga akan memastikan kualiti perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mengikut pakej perlancongan yang disediakan syarikat itu.


Selain itu, pakej ini turut memfokuskan kepada pengajaran dalam setiap perjalanan, makanan yang halal serta penjagaan waktu solat bagi pelanggan yang beragama Islam.

Untuk maklumat anda,ƃā€šĆ‚Ā Felda Travel menawarkan harga Pakej Ibrah di Bumi Anbiyya’ yangƃā€šĆ‚Ā amat berpatutan bermulaƃā€šĆ‚Ā dengan harga RM5888 (Uzbakistan), RM6888 (Turki), RM7888 (Spain/Morocco), RM7888 (Mesir), RM7888 (Jordon/Petra/Baitulmuqaddis).

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Felda Travel di talian 0326983833 atau Whatsapp 0193673422. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=fCzPxa67bn8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori