Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amalan Bayaran Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA - Kerajaan tetap meneruskan amalan pembayaran gaji sebulan sekali kepada penjawat awam,...

24 Pengawal Khas Jaga...

SETIAP tahun, jutaan jemaah kunjungi Makkah untuk ibadah haji atau umrah yang lazimnya...

Cuba Gaun Pengantin, Nora...

BETUL ke aktres comel Nora Danish, 34, bakal berkahwin dalam masa terdekat ini? Ini...

Tetapkan Ajaran Al-Quran Pada...

PUTRAJAYA - Golongan anak muda haruslah diasuh dengan pendidikan al-Quran bermula dengan ajaran daripada...

Festival Iftar @ KL 2015 Sasar 300,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300,000 orang pengunjung dijangka hadir pada ‘Festival IFTAR @ KL 2015’ yang berlangsung setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini di Jalan Raja, Dataran Merdeka, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata sasaran itu berjaya dicapai kerana lebih banyak aktiviti istimewa dan penuh dengan pengisian tersendiri telah diatur pada tahun ini.

“Festival tahunan ini akan menampilkan kelainan seperti pertandingan nasyid, soal jawab agama, dan pameran pelancongan masjid,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran IFTAR @ KL 2015, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Tan Sri Ong Hong Peng.

Ahmad Phesal berkata aktiviti solat Maghrib dan tarawih berjemaah juga diadakan selain alunan dikir zikir oleh beberapa figura terkenal antaranya kumpulan nasyid Hijjaz dan Rabbani.


Majlis perasmian festival tersebut menyaksikan acara berbuka puasa beramai-ramai dan pengagihan bubur lambuk yang disertai lebih 3,000 orang masyarakat berbilang bangsa termasuk pelancong asing dari pelbagai negara.

Festival IFTAR @ KL mula dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Festival tersebut hanya berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja sepanjang Ramadan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Iftar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori