Walaupun menerima kecaman dan protes dari masyarakat antarabangsa, nampaknya ia tidak menghalang Festival Yulin untuk tetap dijalankan di wilayah Guangxie Zhuang di selatan China.
Perayaan itu dikritik seluruh dunia kerana ia menjadikan hidangan daging anjing sebagai satu menu.
Wanita Selamatkan 100 Anjing Daripada Jadi Santapan
Menurut laporan, anggaran 10,000 ekor anjing dibunuh setiap tahun untuk dibuat habuan kepada penduduk sekitar yang akan memenuhi restoran bagi menikmati hidangan dagingnya.
Malah, pihak berkuasa tempatan juga dikatakan enggan masuk campur dan hanya mengumumkan beberapa larangan yang perlu dipatuhi para peniaga.
Menurut penduduk tempatan, amalan tersebut menjadi tradisi mereka pada musim panas.
Walau bagaimanapun, ia dibidas oleh aktivis yang mengatakan bahawa festival itu hanyalah untuk meraih keuntungan semata-mata.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR