SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan bersama Mamat Sepah dan Zalif Sidek, akhirnya pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau mesra disapa Fida mendedahkan Syah Iskandar merupakan satu-satu jejaka paling akrab dengannya dan akui sedang mengenali hati aktor kacak itu.
Menurut Fida, hubungannya bersama pelakon kelahiran Singapura itu mula rapat sejak awal tahun ini selepas berkerjasama dalam menjayakan beberapa drama sebelum ini.
“Sebenarnya kami sudah kenal sejak 2 tahun lepas iaitu selepas beberapa kali berlakon dalam siri yang sama. Cuma baru awal tahun ini sahaja kami mula rapat.
“Namun kami belum ke arah hubungan yang serius setakat ini. Biarlah kami berkawan dahulu,” ujarnya.
Selepas melalui banyak kegagalan episod cintanya, Fida memberitahu tidak mahu hubungannya disensasikan kerana takut berakhir dengan duka dan kisah sedih kemudian hari.
Namun, bintang kelahiran Kuala Lumpur ini akui tidak takut untuk terus mencuba mencari pasangan yang sesuai dan mencuba dalam mencipta perhubungan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Murai