Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rundingan ‘Sendiri-Sendiri’ Antara UMNO,...

KUALA LUMPUR – Rundingan antara UMNO dan Pas perlu dilakukan secara rasmi serta...

Saya Tidak Akan Berpaling...

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di...

4 Bilik Darjah SMK...

SHAH ALAM - Empat bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Jalan Bukit...

Kajian Retikulasi Atasi Masalah...

MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran...

G. Palanivel Hilang Keanggotaan MIC

KUALA LUMPUR – Datuk Seri G. Palanivel telah hilang keanggotaan MIC secara persendirian (Ipso Facto) manakala Datuk Seri Dr S. Subramaniam adalah pemangku presiden parti itu.

Subramaniam dalam kenyataannya menyebut perkara itu disahkan dalam surat Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) Datuk Mohammad Razin Abdullah kepada setiausaha agung Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 parti itu hari ini.

Subramaniam memetik surat tersebut menyatakan Palanivel telah hilang keanggotaan mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC.

Katanya beliau akan menjalankan tugas atas kapasiti sebagai pemangku presiden untuk mengetuai CWC 2009 bagi mengadakan pemilihan semula MIC seperti yang telah diputuskan oleh RoS.

Menurut Subramaniam lagi, senarai anggota CWC Interim MIC 2009 yang dinyatakan dalam surat RoS seperti berikut:

Timbalan Presiden/Pemangku Presiden: Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Naib Presiden: Datuk Seri S.K Devamany
Naib Presiden: Datuk M. Saravanan
Setiausaha Agung: A. Sakhtivel
Bendahari Agung: Datuk Jaspal Singh
Ketua Penerangan: Datuk V.S Mogan
Ketua Pemuda: Datuk T. Mohan
Ketua Wanita: Datin Paduka Komala Krishna

Anggota Jawatankuasa: Datuk S.S Rajakupal
Datuk M.Davendran
Datuk R.Ganesan
Datuk M.Asojan
K.R Parthiban
S.Ananthan
S.P Manivasagam
Datuk V.M Panjamothy
N.Rawisandran
M.Mathuraiveran
Mohana Muniandy
T.Murukasvary
Datuk K.R.A Naidu
V.P Shanmugam
Datuk S.Murugesan
Datuk S.Ganesan
Datuk M.M Samy
Datuk A.Ganesan
Datuk P. Palaniappan
K.P Samy
Datuk R. Ragumoorthi
Datuk J. Randhir Singh
Datuk G. Kumaar Aamaan

Isu keanggotaan Palanivel timbul apabila ada kalangan pemimpin MIC mendakwa beliau kehilangan keanggotaan kerana membawa kes MIC ke mahkamah baru-baru ini.

Ada pemimpin-pemimpin MIC pula berpendapat Palanivel tidak kehilangan keanggotaannya kerana beliau membawa kes RoS berhubung arahan pemilihan baharu parti itu ke mahkamah dan bukannya membawa kes MIC ke mahkamah baru-baru ini.


Pada 24 Feb, Palanivel, dua naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, dan bekas setiausaha agung MIC A. Prakash Rao memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan RoS.

Pada 15 Jun, Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman dan memutuskan RoS hanya memberikan pendapatnya bahawa parti perlu menyelesaikan pertikaiannya, tetapi cadangan bagi mengadakan pemilihan baharu untuk menyelesaikan masalah parti dibuat oleh Palanivel.

Asmabi berkata Palanivel, dalam surat bertarikh 5 Feb 2015, telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah parti dengan mengadakan pemilihan baharu di semua cawangan dan bahagian, termasuk jawatan presiden.

Pada 19 Jun, Palanivel, Sothinathan, Balakrishnan dan Prakash Rao memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu selesainya rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mereka memfailkan rayuan pada 16 Jun.

Hari ini, Palanivel dan tiga yang lain gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Asmabi menolak permohonan difailkan keempat-empat mereka bagi penangguhan sementara keputusan itu selepas membenarkan bantahan RoS terhadap penangguhan sementara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori