Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

13 GRO Warga Asing...

MELAKA - Sebanyak 13 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

BN Tak Bergantung...

GUA MUSANG - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan bergantung kepada sumber balak...

Sukan Mampu Jana Ekonomi...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah sukan adalah bentuk...

Susu Lipas Lebih Berkhasiat...

SUSU lipas? Mungkin kedengaran sangat aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan dengan...

Gabenor Riau Dihukum Penjara Kerana Rasuah

Bandung – Gabenor Riau, Annas Maamun dihukum penjara enam tahun dan denda Rp200 juta (RM56,412) oleh sebuah mahkamah di sini kelmarin selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

“Sebagai pemimpin tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat,” kata ketua panel hakim, Barita Lumban Gaol ketika membacakan hukuman.

Panel hakim di Mahkamah Rasuah Bandung mendapati Annas bersalah atas dua tuduhan rasuah.

Annas didapati bersalah menerima wang Rp500 juta (RM141,030) dan AS$166,100 (RM624,262) dari ahli perniagaan Gulat Medali Emas Manurung.

Wang yang diterima daripada Gulat yang juga Pengerusi Persatuan Peladang Kelapa Sawit Indonesia ialah untuk membolehkan dia menukar status lebih 2,000 hektar tanah kepada zon bukan hutan.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menahan Annas, Gulat dan tujuh lagi termasuk isterinya dalam serbuan di kediaman rasmi gabenor itu pada 25 September tahun lalu.

Sejak ditahan jawatan Annas sebagai gabenor Riau digantung oleh kerajaan.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Rasuah Jakarta menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda Rp100 juta (RM28,204) terhadap Gulat kerana merasuah Annas. – Agensi/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori