SEEKOR gajah telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari Thailand apabila menikam mangsa dengan menggunakan gadingnya ketika mangsa sedang makan malam di sebuah restoran tepi pantai di timur Thailand, baru-baru ini.
Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan seorang pekerja syarikat telekom tempatan meninggal dunia di hospital sementara seorang lagi rakannya tercedera akibat serangan daripada gajah terbabit.
Menurut anggota polis yang bertugas, mangsa dan rakannya dikatakan berbual-bual dengan penjaga gajah terbabit tentang membeli makanan untuk gajah dan secara tiba-tiba gajah itu menusuk dada mangsa dan menendang rakannya.
Akibat insiden itu, penjaga gajah itu telah didakwa atas kesalahan melanggar undang-undagan kebajikan haiwan termasuk kecuaiannya menyebabkan kematian.
Menurut laporan AFP, penjaga gajah terlibat sudah dilepaskan dan gajah itu masih lagi berada di bawah jagaannya.
Kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda 20,000 baht (RM2,225). – MYNEWSHUB.CC
Graphic Content: Elephant Goes On A Violent Rampage In India, Killing One Man
https://www.youtube.com/watch?v=LnsrdTjQZ0I