Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Projek RTB Di Kedah...

SUNGAI PETANI - Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) membabitkan beberapa sungai di...

PDRM Tawar Diskaun Kompaun...

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman...

PH Terdesak PRK PD,...

CEMAS... Bimbang dengan 'gelombang' kemarahan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir...

Bantu Mangsa Banjir, WHAM...

KUALA LUMPUR - Satu majlis Tayangan Amal Perdana filem Isyarat Cinta akan dianjurkan...

Koleksi Baju Raya Paling BERBALOI Di Bianco Mimosa

SIAPA sangka memasuki sebuah butik pakaian membawakan sensasi sama seperti mengunjungi sebuah galeri lukisan.

Ianya tidak hanya tentang mengacukan pakaian pada tubuh dan membayangkan bagaimana rupa anda apabila melangkah bersamanya tetapi lebih daripada itu.

Salute! Bos Syarikat ‘Engineering’ Buka Butik, Reka Sendiri Fesyen

5

Jika bernasib baik pemilik dan pereka Bianco Mimosa Dato’ Ida Suraya Mustapha ada di butik ketika berkunjung ke sana, anda akan disajikan kisah di sebalik beberapa rekaan yang memberikan beliau inspirasi termasuk perwatakan harimau bintang dan harimau kumbang, keunikan kontur tanah, keindahan arus elektrik dan banyak lagi.

Selain kisah menarik di balik baju, rekaan koleksi kurung berciri zaman Saloma dengan sedikit gaya bangsawan Inggeris yang terdapat di butik ini turut mencuri perhatian penulis.

Fullscreen capture 6292015 120714 PM

Bukan hanya lengan kembang pada kurung koleksi Miloma yang mengimbau ciri retro membuat ianya tampak outstanding tetapi inspirasi jenama terkenal pasti menangkap minat pencinta fesyen yang berkunjung.

Daripada 18 rekaan geometri pada Miloma Pattern, inspirasi designer terkenal yang menjadi pilihan first lady Amerika sejak dulu sampai sekarang, Carolina Herrera terpancar pada salah satu daripadanya.

Memukau.. Koleksi Raya Bianco Mimosa 2015 Dilancarkan

Terdapat juga, beberapa corak lain yang mengingatkan pada koleksi Prada dan Moschino.

miloma back

Hal ini sudah pasti berkait dengan Dato’ Ida, seorang passionate fesyen yang sentiasa ada di baris hadapan runway apabila para designer terkemuka dunia mempersembahkan koleksi terbaharu mereka.

Menawarkan saiz S,M,L dan XL setiap design Miloma cuma tersedia sebanyak tiga helai untuk saiz XL manakala lain-lain saiz, hanya lima helai.

Terhad! Busana Raya Eksklusif Bawah RM400, Bianco Mimosa

Ini bermakna, ianya cukup eksklusif dan kebarangkalian untuk bertemu “kembar” anda menggayakan persalinan sama di Hari Raya hampir mustahil.

Pun begitu, apalah ada pada gaya jika ianya tak cukup praktikal ketika menjalani aktiviti harian bukan?

Atas sebab itu, lengan kembang Miloma bercekak getah pada hujungnya dan mempunyai tiga layer agar mudah disesuaikan dengan keadaan semasa.

Koleksi Miloma mempunyai lengan yang boleh disinsing tanpa jejaskan gaya.
Koleksi Miloma mempunyai lengan yang boleh disinsing tanpa jejaskan gaya.

Ketika menjamu selera dan mahu mengambil lauk atau perlu mencuci tangan dan pinggan, lengan kurung Miloma boleh disinsing dan gayanya tidak pun berkurang.

Lebih daripada itu, ianya cukup ranggi jika dipadankan dengan seluar panjang mahupun kemeja. Siapa sangka, kurung moden menggunakan fabrik crepe yang selesa dan sejuk ini juga boleh bertukar kepada persalinan pejabat apabila digayakan dengan kreatif kan!

Top Miloma juga boleh disesuaikan dengan celana atau skirt untuk dijadikan busana ke pejabat, begitu juga jika skirt Miloma dipadankan dengan kemeja.
Top Miloma boleh disesuaikan dengan celana atau skirt untuk dijadikan busana kasual, begitu juga jika skirt Miloma dipadankan dengan kemeja.

Bagaimanapun satu perkara yang harus dimaklumi, fesyen rekaan Bianco Mimosa sukar difahami keistimewaannya jika tidak disarung sendiri ke tubuh.

Baik dari segi keindahan warna dan corak mahu pun keselesaan menyarung pakaian hand made, ia akan lebih dirasai jika anda berkunjung ke butik, melihat dan memakainya sendiri. Bak kata pemilik jenama ini:

“Berbeza dengan rekaan lain kami mengkaji tidak hanya warna tapi paling penting potongan dan design flow apabila pelanggan mengenakan sesuatu persalinan. Kami mahu mereka gembira sebab baju kelihatan kena dengan mereka termasuk memberikan efek lebih kurus dan cantik..”

Miloma MyColors warna Midnight Blue yang dijual pada harga cuma RM199 sepasang.
Miloma MyColors (Midnight Blue) yang dijual pada harga cuma RM199 sepasang.

Selain Miloma Patterns yang membawakan aneka corak, turut ditawarkan adalah Miloma MyColors yang tersedia dalam 10 warna plain yang dihasilkan sedondon dengan koleksi Baju Melayu Bianco Mimosa, sesuai untuk mereka yang mahu membeli untuk pasangan masing-masing.

Apa paling menarik di sebalik eksklusiviti, fabrik bermutu yang dijahit hand made dan berlabel pereka terkenal; koleksi sepasang kurung Miloma ditawarkan pada harga cuma RM199 hingga RM319.


FRONT-VIEW1

Selain koleksi kurung, Bianco Mimosa tidak melupakan rekaan jubah yang semakin mendapat tempat di hati muslimah negara ini.

Bagaimanapun jubah yang ditawarkan jauh daripada rekaan klise apabila ianya memercik pelbagai ciri elegan pada setiap satunya.

Jubah klasik padanan fabrik satin dan lace bermutu tinggi ini ditawarkan pada harga cuma RM199.
Jubah klasik padanan fabrik satin dan lace bermutu tinggi ini ditawarkan pada harga cuma RM99!

Sebagai contoh, jubah klasik dari satin yang ditawarkan cuma pada harga RM99 menyertakan lengan kembang berwarna menyerlah menggunakan renda bermutu tinggi dari Afrika Selatan.

Walau ditawarkan pada harga rendah ciri persalinan Bianco Mimosa yang mempunyai “nilai tambah” pada setiap satunya, masih diterapkan dengan menyertakan zip panjang di hadapan jubah khas buat ibu yang menyusukan anak.

Jubah klasik Bianco Mimosa mempunyai zip panjang yang berguna buat ibu yang menyusukan anak.
Zip panjang di belah hadapan jubah diadakan khas untuk memudahkan ibu yang menyusukan anak.

Jubah moden di bawah Koleksi Suraya pula, didatangkan dalam aneka corak menarik yang terhad lagi eksklusif.

Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri baik dari segi corak mahupun potongan selain menjanjikan flow kain yang membuatkan si pemakai tampak anggun dan “one step above” ketika melangkah dalam persalinan ini.

Jubah Suraya tidak hanya selesa malah menjanjikan flow cantik apabila si pemakai melangkah.
Jubah Suraya tidak hanya selesa malah menjanjikan flow cantik apabila si pemakai melangkah (RM299).

breastfeeding

Terdapat juga koleksi lain seperti Jubah Asmara yang berharga cuma RM259, MyPurplish (RM269), MySquare (RM299) dan banyak lagi.

Apa-apa pun, tiada gunanya diungkap tentang keselesaan dan ciri menarik persalinan Bianco Mimosa begitu juga kesediaan pemilik jenama ini menurunkan harga demi berkongsi keindahan fesyen dengan lain-lain wanita, jika anda tidak datang ke butik dan mencubanya sendiri.

Bagi mereka yang advance dan “faham” tentang fesyen tanpa perlu menyentuhnya, koleksi Bianco Mimosa boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web biancomimosa.com.

Selain laman web, koleksi Bianco Mimosa juga boleh diintai di saluran sosial mereka iaitu Instagram biancomimosaofficial dan Facebook www.facebook.com/bianco.mimosa.

Istimewa bagi mereka yang berkunjung sendiri ke butik yang terletak di No 48-G, Jalan Nautika, B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sungai Buloh, Selangor diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan (kecuali untuk jubah RM99).

Baik berkunjung ke butik mahupun membeli atas talian, eloklah bersegera kerana setiap rekaan yang dihasilkan untuk koleksi Hari Raya di Bianco Mimosa adalah eksklusif dan tidak dihasilkan dalam jumlah helai yang banyak. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=U6bSKs2QLSI

https://www.youtube.com/watch?v=6Iq1hsnZpCM

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori