DI Malaysia, isu mengenai anjing boleh dikatakan sesuatu yang begitu sensitif dan taboo khususnya buat umat Islam.
Lihat sahaja kontroversi yang tercetus melibatkan kempen I Want To Touch A Dog yang mendapat kecaman hebat rakyat Malaysia.
Yasin Harap Foto Bersama Anjing Namewee Tidak Menjadi Isu
Terbaharu, aktres jelita Fazura pula hangat diperkatakan gara-gara tindakannya memuat naik gambar selfie bersama seekor anjing bernama Kuning.
Berikutan itu, bintang rancangan realiti Facing Up To Fazura ini menerima kritikan daripada ramai keyboard warrior.
Anehnya, gambar tersebut jelas tidak menunjukkan sebarang sentuhan dilakukan Fazura kepada anjing berkenaan.
Mungkin lumrah bergelar seorang artis, sentiasa mendapat perhatian dan ada sahaja yang tidak kena di mata masyarakat.
Namun, jawapan ‘pedas’ Fazura kepada seorang keyboard warrior lelaki ini memang padu beb!
“Takkan nak bergambar dengan binatang macam awak. Anjing ni cute,” tulis Fazura di ruangan komen.
Bagi yang tertanya-tanya motif gambar selfie tersebut, Fazura sebenarnya memberi sokongan kepada acara Furry Friends Farm yang dianjurkan rumah perlindungan haiwan bagi membuat kutipan amal menampung keperluan haiwan di sana.
Tengok, kambing pun turut menarik perhatian Fazura untuk berselfie bukan anjing je..
Maka, tak payahlah pihak tertentu sengaja mencetuskan kontroversi ya!
Cakap ajelah nak tarik perhatian Fazura kan…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=cG9LFAKDgSY