PELIK.. seorang pereka grafik di Dubai ini mahu mengeluarkan sejenis topi keledar yang kelihatan sama seperti kepala botak seorang manusia.
Jyo John Mullor merupakan seorang pereka grafik yang berpengalaman selama 10 tahun dan sebelum ini pernah bekerja dengan syarikat besar seperti Hyundai, Nissan, Morris Grage, Haagen Dazs dan lain-lain.
Berdasarkan gambar yang dikeluarkan, Mullor kini sedang mereka helmet atau topi keledar yang menyerupai kepala manusia sebenar.
Buat masa ini belum ada ura-ura bilakah produk ini akan dikeluarkan tapi jika ianya dipasarkan, ada ke orang yang nak pakai?
Macam menakutkan je kalau dipakai, tak percaya tengoklah gambar-gambar kat bawah ni..
– MYNEWSHUB.CC