Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ucapan Hari Lahir Diana...

UCAPAN pelakon Datin Diana Danielle kepada suami, Datuk Farid Kamil di Instagram bersempena...

Trump Arah Guantanamo Terus...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani arahan eksekutif untuk...

Lelaki Tanpa Penis Dah...

SEORANG lelaki dari Manchester, United Kingdom yang tidak mempunyai alat sulit mengakui sudah...

Rusuhan Kuil: 55 Direman...

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman...

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di PJ Malam Ini & 30 Jun

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Seksyen 14 dan 22 Petaling Jaya akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air malam ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan akan berlaku dari pukul 9 malam hingga pukul 3 pagi Rabu.

Menurut Syabas, gangguan bekalan air itu berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air , iaitu pengaktifan Zon ‘Air Scouring’, untuk program peningkatan kualiti air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya.

Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan 51/227; Jalan 51/227A hingga Jalan 51/227C; Jalan 14/47 hingga Jalan 14/62; Jalan 14/64; Jalan 22/32, Jalan 22/34, 22/34A,22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57.

Sementara itu pada 30 Jun, gangguan bekalan air akan melibatkan kawasan sekitar SS 2, Petaling Jaya berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air juga.


Kawasan yang terlibat ialah SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A, SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A, SS 2/16 hingga SS 2/21, SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45.

Syabas menasihatkan para pengguna supaya membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS atau melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori