Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

MPAJ Tembak Mati 707...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya menembak mati sebanyak 707...

Empat Penjuru Di Machap,...

KLUANG : Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Layang-layang, Paloh dan Kahang menyaksikan persaingan...

2 Remaja Geng Pecah...

GEORGE TOWN - Polis menahan dua remaja lelaki dan memburu dua lagi rakan...

Ain Edruce Sudah Bergelar...

"SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami...

Gangguan Bekalan Air Hari Pertama Puasa

KUALA LUMPUR – Sebanyak 438,757 buah rumah di 75 kawasan di Petaling dan 55 kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan air sejak pukul 11 malam tadi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, sebanyak 185,867 rumah terbabit di Petaling dan 252,890 rumah di Kuala Lumpur.

“Rumah terbabit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah ekoran kerosakan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumah pam Kolam Bukit Gasing, Petaling Jaya yang terpaksa berhenti operasinya pada pukul 11 malam semalam.

“Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan kabel elektrik di Kolam Bukit Gasing telah siap pada pukul 8.40 pagi ini dan bekalan air telah disalurkan kepada pengguna dan para pengguna akan mendapat bekalan air secara berperingkat. Walau bagaimanapun, kawasan yang terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, Syabas telah mengerakkan lori-lori tangki untuk menghantar bantuan bekalan air kecemasan ke kawasan terlibat bagi mengurangkan beban pengguna terlibat.


Namun, katanya, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan disamping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian.

“Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan pengguna diminta berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima dari bekalan air kecemasan ini,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh mengakses maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dari laman web www.syabas.com.my. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori