Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Erin Malek Kesal Gambar...

TAK semua orang begitu terbuka dalam berkongsi segala perkara begitu juga bagi golongan...

Pemilik Facebook ‘Kelvin Cao’...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggungjawab memuat naik status...

JDT Kecilkan Kapasiti Stadium...

JOHOR BAHRU - Kapasiti stadium baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Taā€™zim (JDT)...

Pergerakan Tanah Apartment Teratai...

KUALA LUMPUR - Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah...

11 Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu Semalam

KUALA LUMPUR – Sejumlah 11 mayat ditemui di kawasan Gunung Kinabalu semalam susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau, Sabah kelmarin.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana itu adalah 13 orang, termasuk mayat malim gunung rakyat tempatan Robbi Sapinggi, 30, danƃā€šĆ‚Ā seorang pelajar dari Singapura yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu malam tadi.

Identiti mayat lain masih belum dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi mencari dan menyelamat enam lagi individu yang masih hilang akan disambung semula 5.30 pagi Ahad.

Susulan bencana itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata aktiviti pendakian Gunung Kinabalu ditutup selama tiga minggu mulai Sabtu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pula mengumumkan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 di Ranau esok, selain memaklumkan Isnin ini sebagai hari berkabung untuk memperingati mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi kesedihan dengan mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam gempa bumi itu.


Najib berkata segala usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan Majlis Keselamatan Negara supaya memperkenalkan sistem amaran awal mengenai gempa bumi termasuk untuk makluman sekolah.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi semalam, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kawasan Ranau di Sabah, menjadikannya gempa bumi terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. – BERNAMA

https://youtu.be/FM8ViX8u_nQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori