Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekas Guru Agama, Pengusaha...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang bekas guru...

120 Pelanggan ‘Cabut’ Tak...

MADRID - Sekitar 120 pelanggan tanpa segan silu berjaya melarikan diri daripada sebuah...

Seramai 580 Murid Hayati...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 580 murid Tahun Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan...

BN Mampu Menang Lebih...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan...

Gempa Bumi: Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Dibatal

KUALA LUMPUR – Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini berikutan gempa bumi dan gegaran yang dialami, atas sebab keselamatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan arahan itu dalam akaun Twitternya.

“Batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh akibat gegaran itu,” katanya.

Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.

“Yang menyedihkan ikon Telinga Keldai di gunung itu turut rosak teruk, h menunggu pengesahan,” katanya dalam Tweet itu.


Masidi berkata para penyelamat dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu kerana terdapat laporan mengatakan ada pendaki yeng terkandas dan cedera berhampiran gunung itu.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau di Sabah pada pukul 7.15 pagi.

Menurut Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori