Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Wilayah Persekutuan, DBKL...

LABUAN - UMNO Wilayah Persekutuan akan meneruskan misi bantuan pasca banjir di negeri-negeri...

Zainal Abidin Terlibat Dalam...

PELANTUN lagu Kau Di Hatiku iaitu Datuk Zainal Abidin dilaporkan terlibat dalam satu...

Banjir Di Melaka Bertambah...

ALOR GAJAH - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang...

Lelaki Ditahan Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki selepas dia membuat laporan palsu yang...

Gempa Bumi: Jalan Persekutuan Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR – Kesemua jalan dan jambatan persekutuan di Sabah tidak terjejas dalam insiden gempa bumi yang berlaku di negeri itu semalam.

Kementerian Kerja Raya memaklumkan, tidak ada kerosakan besar dilaporkan dan kesemua jalan serta jambatan itu dalam keadaan stabil.

“Tidak ada kerosakan major yang dilaporkan. Hanya berlaku sedikit keretakan biasa (pavement crackline) di lokasi Route 22, Jalan Kota Kinabalu – Sandakan di KM 99.200 – 99.500,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau mengalami beberapa kerosakan akibat gempa bumi tersebut seperti dinding retak dan cermin pecah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan kejadian tersebut berlaku awal pagi dan kebanyakan kakitangan masih belum sampai ke pejabat.


“Bangunan telah dikosongkan memandangkan kakitangan kerajaan di Ranau telah diberi pelepasan waktu bekerja ekoran tragedi ini.

“Syarikat konsesi bagaimanapun masih meneruskan pemantauan bangunan sehingga sekarang,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori