RANAU – Penduduk di sekitar daerah Ranau diminta agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kejadian gempa bumi susulan di daerah itu.
Selain itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung turut meminta mereka meletakkan dokumen penting di tempat yang selamat.
“Sebanyak 27 anggota dan pegawai bomba di balai Ranau sentiasa bersiap siaga melakukan operasi sekiranya menerima laporan daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Orang ramai boleh menghubungi balai bomba Ranau di talian 08-8878779 jika berlaku kecemasan, katanya. – BERNAMA