RANAU: Lebih 200 malim gunung menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu sepanjang tiga hari Ops Kinabalu dilancarkan.
Pengerusi Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, beberapa malim gunung turut tercedera dan maut akibat terkena runtuhan batu dalam kejadian gempa bumi yagn berlaku Jumaat lalu.
11 Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu Semalam
“Buat masa ini hampir semua malim gunung terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.
“Dalam masa sama, mereka juga kehilangan punca pendapatan utama memandangkan sebarang aktiviti rekreasi di Gunung Kinabalu dihentikan serta merta sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga minggu.
Aktiviti Pendakian Gunung Kinabalu Dihentikan Sementara
“Justeru, kami mengambil inisiatif mengaktifkan tabung khas bagi membantu semua malim gunung berdaftar dan keluarga mangsa malim gunung yang terkorban dalam bencana alam kali ini,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan bagi membantu malim Gunung Kinabalu boleh menyalurkan sumbangan wang menerusi Bank CIMB di nombor akaun 8005609923 atas nama Persatuan Malim Gunung Kinabalu. – MYNEWSHUB.CC