SERAMAI 29 pendaki selamat dibawa turun dari Gunung Kinabalu namun tiga daripada mereka mengalami kecederaan.
Dua orang warga tempatan serta seorang warga Turkey yang cedera itu kini dirawat di Hospital Ranau.
Semiha Turkay, 35, wanita warga Turkey itu mengalami kepatahan di pinggang serta kecederaan di kaki kiri manakala dua lagi warga tempatan, James Mikol, 29, cedera di lutut dan Robi Satinggi, 30, mengalami kecederaan di kepala.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman menyatakan seramai 122 pendaki masih lagi terkandas.
“Pihak polis telah melancarkan ‘Ops Gempa’ untuk operasi mencari dan menyelamat kesemua pendaki.
“Sebelum ini kita sudah menghantar 2 buah helikopter ke lokasi namun menghadapi kesukaran daripada kondisi cuaca,” katanya kepada New Straits Time.

Disamping itu, Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. Herric Corray, pihak hospital itu sudah bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk merawat semua mangsa gempa bumi namun sehingga setakat ini masih belum ada yang mangsa yang dibawa masuk.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=kyAWcb0StmU