Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KKM Siasat Punca Pencemaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca...

Mayat Wanita Warga Myanmar...

KUALA LUMPUR - Mayat wanita warga Myanmar ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di...

Penganjur Perhimpunan 16 Sept...

KUALA LUMPUR - Penganjur 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada 16 Sept ini mahu mengadakan...

“Masitah Sempat Lambai Tangan...

"MASITAH sempat lambai pada kami masa lalu depan sekolah walaupun motosikal tu (ditunggang)...

Gempa Sabah: 5 Pendaki Gunung Kinabalu Dikhuatiri Mati

GEMPA bumi yang melanda Sabah awal pagi tadi dikhuatiri telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5 orang pendaki di Gunung Kinabalu.

Pegawai yang bertugas bagaimanapun tidak mahu memberi komen tentang laporan yang belum disahkan sekurang-kurangnya 5 orang pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu terkorban.

Pihak bomba dan polis serta anjing pengesan dilihat sedang menuju ke kawasan berkenaan manakala helikopter masih lagi dalam usaha membawa turun pendaki dan jurupandu yang terkandas.

Kebanyakan pendaki mula turun dari gunung selepas berada di ketinggian puncak 4,095 meter sebelum matahari terbit dan gegaran yang berlaku menyebabkan bongkah serta batu dari permukaan atas jatuh dengan cepat.

Difahamkan juga, dua buah chalet iaitu Panar Laban dan Laban Rata dikatakan rosak namun pihak pegawai masih mengenal pasti tahap kerosakan yang dialami.


Walau bagaimanapun, sumber juga menyatakan terdapat laporan yang menyatakan chalet Panar Laban telah musnah sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Star

https://www.youtube.com/watch?v=kyAWcb0StmU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori