SEORANG wanita dari Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu semalam dipercayai adalah murid yang baru berusia 12 tahun dari Sekolah Rendah Tanjung Katong, Singapura.
Mangsa dikenali sebagai Wee Yee Ping, merupakan salah seorang daripada 29 murid serta 8 orang guru yang membuat lawatan sambil belajar di Gunung Kinabalu.
Setakat ini, seramai 8 orang murid dan 2 orang guru masih belum dijumpai.
Sadri Farick, bapa kepada salah seorang pelajar yang turut serta dalam lawatan itu memberitahu sumber, dia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa salah seorang murid itu telah terkorban.
Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, seorang lagi mangsa yang meninggal dunia merupakan malim gunung (jurupandu) warga tempatan dikenali sebagai Robi Sapinggi, 30.
Kedua-dua mayat mangsa gempa bumi ini berjaya dibawa turun selepas 13 jam kejadian ini berlaku.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Star