BANYAK fitnah dan cerita tidak benar kedengaran sejak Sabah dilanda gempa bumi 5.9 skala richter pada awal pagi Jumaat lalu.
Antara yang kedengaran ialah kegagalan pasukan keselamatan menjalankan tugas dalam operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) mangsa yang terkandas di kawasan pergunungan tertinggi Asia Tenggara itu.
Selain itu, ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi juga dibidas sesetengah pihak sebagai tidak prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat di Sabah.
Kedua-dua kenyataan di atas sebenarnya lebih melemparkan persepsi negatif kepada orang ramai. Kononnya mereka yang terkandas di atas gunung tidak diberikan bantuan sewajarnya. Namun, realiti sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.
Memetik blog riziqin.blogspot.com, malim gunung yang turut membantu dalam misi SAR kali ini adalah merupakan salah satu agensi dalam Jabatan Kerajaan kerana lesen dikeluarkan oleh Jabatan Hutan. Isu bantuan sampai lambat sebenarnya tidak patut timbul. Konsep kesiapsiagaan nasional apabila bencana berlaku, penggunaan anggota penyelamat sukarelawan dari orang-orang tempatan yang mempunyai kemahiran menyelamat.
Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammdudin Tun Hussein dikatakan tidak berada di dalam negara dan tidak prihatin dengan isu ini walhal untuk makluman, beliau telah berada di Arab Saudi lebih awal daripada rombongan PM dan menteri-menteri kabinet yang lain untuk tugas-tugas khas.
Kabus Halang Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Kinabalu
Walaupun berada di Arab Saudi, beliau masih lagi segala perkembangan semasa ini. Jika dilihat melalui akaun Twitternya, ada beberapa makluman yang diberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggerakkan dua buah helikopter.
Memetik update yang dibuat pihak tentera pada hari kejadian, menunjukkan helikopter EC725 tidak dapat merapati Laban Rata Gunung Kinabalu disebabkan keadaan kabus yang tebal dan poor visibility. Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut memulakan semula penerbangan mulai keesokan harinya untuk terus melancarkan perjalanan misi SAR.
Dua helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berjaya menurunkan 250 selimut tebal di laban rata dan sayat-sayat.
Sementara itu, isu mengenai PM dan menteri-menteri kabinet yang didakwa ‘melarikan’ diri ke Arab Saudi, sebenarnya, perbincangan mengenai pertemuan itu sudah dirancang lama dan bukannya secara mengejut.
Gempa Sabah: Perdana Menteri Zahir Rasa Simpati
Antara menteri yang turut serta adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Anifah Aman.
Antara perkara yang dibincangkan di sana ialah menghadap dan mengucapkan tahniah kepada Raja Salman kerana memegang tampuk pemerintahan negara selepas kemangkatan Raja Abdullah selain membincangkan serta memohon pertimbangan kuota haji bagi jemaah Malaysia.
PM turut melihat sendiri Metro Makkah secara dekat di mana operator bagi sistem aliran ringan ini akna menggunakan tenaga tempatan (Malaysia) melalui syarikat Prasarana Berhad Malaysia.
Rombongan PM ke sana turut juga membincangkan isu pelarian Muslim Rohingya yang menjadi topik utama dada-dada akhbar masa kini.
Hal selanjutnya pula ialah mengenai gerak kerja pasukan mencari dan menyelamat mangsa adalah dijalankan secara bersepadu di antara satu sama lain.
Akaun laman Facebook milik ATM dan pihak Bomba & Penyelamat Malaysia paling banyak memuat naik pelbagai gambar yang dijalankan semasa dalam usaha mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu bersama-sama dengan Malim Gunung Kinabalu.
Gempa Sabah: 200 Malim Gunung Sertai Misi SAR
Antara pasukan gerak kerja yang bertungkus lumus dalam operasi SAR adalah terdiri dari pasukan ATM, Bomba, SMART, JPAM dan Malim Gunung.
Janganlah pihak di luar sana membuat sebarang andaian yang tidak benar lagi tepat mengenai isu-isu seperti ini.
Pasukan penyelamat yang ditugaskan bukan duduk sahaja tanpa sebarang arah tujuan sebaliknya mereka menunggu arahan berdasarkan keadaan cuaca semasa di kawasan kejadian.
Oleh itu, diharapkan segala cakap-cakap tohmahan seperti ini tidak lagi ditimbulkan selepas membaca penjelasan yang diberikan ini.
Sama-sama kita doakan agar misi SAR akan berjalan lancar dan tidak timbul kesukaran kepada pasukan yang terlibat. – MYNEWSHUB.CC
Perkembangan hari ke-4 gempa Sabah (8 Jun, 12:00 tengahari)