Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Senyum Dan Tunjuk Isyarat...

TIADA sidang media atau pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu dibuat selepas Majlis Makan...

Bekas Tertuduh Kedua Syak...

KUALA LUMPUR - Bekas tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Pebilik Sewa Harga Rendah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah...

PBNJ Bina Padang Bola...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan padang bola sepak...

Gempa: Seluruh Kawasan Kundasang Terputus Bekalan Air

RANAU – Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat telah merosakkan sistem saliran air di daerah Ranau, mengakibatkan beberapa kawasan di daerah itu mengalami tekanan air rendah selain terputus bekalan air.

Perkara itu disahkan Jurutera Air Bahagian Ranau Jabatan Air Negeri Sabah Anthony Jullah, yang menyatakan seluruh kawasan di Kundasang, Ranau kini mengalami masalah terputus bekalan air.

Beliau menganggarkan nilai kerosakan paip saliran bawah tanah dan tangki air mencecah lebih RM500,000.

“Apa yang kami dapati, paip saliran air utama yang terletak di Kundasang telah pecah, beberapa loji juga di kedua-dua daerah mengalami kerosakan dan ada tangki pemendapan yang bocor sikit.

“Dari semalam lagi, kami sudah mulakan operasi untuk membaiki kerosakan, jadi saya jangkakan mungkin hari ini, kawasan di Kundasang dan Ranau akan pulih kembali,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Anthony lagi, ekoran kerosakan yang dialami pada paip saliran air bawah tanah, lebih 20,000 pengguna terpaksa menghadapi masalah gangguan bekalan air untuk sementara waktu.


Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berlaku 16 kilometer di Barat Laut Ranau kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat.

Semalam, 11 mayat telah dijumpai di kawasan Gunung Kinabalu, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana itu 13 orang manakala enam pendaki masih hilang.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat dan pengecaman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori