HAMPIR tiga bulan selepas nahas udara Germanwings, seramai 16 jasad pelajar sekolah dan dua guru mereka selamat disemadikan, baru-baru ini.
Mangsa nahas itu diberikan penghormatan terakhir oleh penduduk di Jerman yang setia membarisi jalanan di sana, berkongsi perasaan simpati dengan ahli keluarga dan waris mangsa.
Kumpulan pelajar itu terlibat dalam program pertukaran pelajar ke Sepanyol namun impian mereka tidak kesampaian apabila penerbangan Germanwing A320 yang dinaiki mereka terhempas di Pergunungan Alps, Perancis selepas pembantu juruterbang, Andreas Lubitz dilaporkan sengaja menjunamkan pesawat terbabit.
Germanwings – Co-Pilot Pernah Hadapi Tekanan Jiwa!
Dalam tragedi itu kesemua penumpang dan anak kapal maut selepas penerbangan dari Dusseldorf, Jerman ke Barcelona, Sepanyol terjunam ke Pergunungan Alps pada 24 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC
Germanwings Plane Crash’s Terrifying Final Moments