Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Batal Lesen Pemilik...

KUALA LUMPUR - Pemilik ladang kelapa sawit yang mempunyai tanah seluas 100 ekar...

Pesawat Terhempas Atas Rumah...

MEXICO CITY - Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat...

Gempa Dikesan 90km Barat...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku 90km di...

“Saya Tak Boleh Libat...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul...

Gimnas Negara Sumbang Pingat Perak

SINGAPURA – Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam kategori keseluruhan individu wanita acara gimnastik artistik pada Sukan SEA ke-28 Singapura hari ini.

Farah Ann memungut 51.850 mata selepas menampilkan persembahan terpuji dalam empat disiplin iaitu senaman lantai, melombol, palang bertingkat dan titian imbangan.

Atlet Vietnam Phan Thi Ha Thanh nyata sukar digugat selepas mempamerkan persembahan sempurna dengan mengutip 53.650 mata untuk meraih pingat emas, manakala gangsa milik gimnas tuan rumah, Nadine Nathan dengan 51.000 mata.

Farah Ann berkata beliau melakukan beberapa kesilapan terutama ketika beraksi dalam disiplin titian imbangan dan palang bertingkat.


“Secara keseluruhan saya tetap gembira dengan pencapaian pingat perak. Pemenang pingat emas dari Vietnam itu merupakan pilihan utama kerana beliau adalah pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2011 dan beliau mempamerkan persembahan hampir sempurna,” katanya.

Farah Ann berkata fokusnya kini adalah untuk meraih pingat emas dalam acara individu titian imbangan dan individu senaman lantai yang akan berlangsung Khamis ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori