Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Model Glamor Dinobatkan Pemandu...

WANITA berusia 26 tahun ini merupakan model glamor namun dia bukan sembarangan kerana...

Mat Taib ‘Dah Tak...

MANTAN Menteri Besar Selangor dari Barisan Nasional, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meluahkan kekecewaannya...

Datuk Berdepan Hukuman Mati...

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki, termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret...

Minat Aktiviti Sukarelawan Dapat...

JOHOR BAHRU - Minat mendalam terhadap aktiviti kesukarelawan semenjak daripada bangku sekolah, memberi...

Gimnastik Berirama Tuai 2 Emas Dalam Kategori Sama

DUA wakil negara dalam acara gimnastik berirama di Sukan SEA 2015 membuat kejutan besar apabila berjaya merangkul emas dalam kategori sama, hari ini.

Koi Sie Ya dan N N Shasangari Sivaneswary dinobatkan juara bagi acara all-around yang mana mereka perlu beraksi dalam rutin gegelung, bola, clubs dan reben.

Isu Lurah Faraj, “Gimnastik Bukan Untuk Wanita Islam”

Ketika penjurian terakhir dibuat, kedua-dua atlet itu berjaya meraih pungutan 60.250 mata, manakala pingat perak diperolehi atlet Thailand, Panjarat Prawatyotin dengan kutipan 57.350.

Dalam keputusan sama, pingat gangsa tidak diberikan kepada mana-mana atlet.

SUKAN SEA KE 28

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Syukur, saya ucapkan tahniah kepada kedua-dua gimnas negara yang sangat luar biasa (pencapaian), markah sama dan mendapat dua emas…bonus bagi kita.


“Kejayaan ini memberi semangat baru kepada gimnas muda yang lain. Mudah-mudahan mereka mendapat kejayaan cemerlang seperti ini,” ujar beliau yang hadir menyampaikan pingat kepada kedua-dua pemenang.

Pemberian dua pingat emas dalam kategori sama itu pertama kali dilakukan dalam sejarah Sukan SEA.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Gimnastik Artistik Negara Cipta Kejutan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori