KUALITI megapixel pada teknologi kamera peranti pintar pada hari ini membolehkan setiap gambar yang diambil dapat memaparkan kualiti yang baik.
Disebabkan itu, salah satu perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah merakamkan gambar makanan sebelum makan dan berkongsi ia ke Instagram.
Kini, mengambil konsep penggunaan berkenaan, Google dilihat bakal hadir dengan sebuah aplikasi pintar khusus yang boleh mengira kalori yang terkandung dalam makanan berkenaan berdasarkan kepada rakaman gambar.
Google memanggilnya sebagai “Im2Calories†buat masa ini, di mana melalui teknologi AI khusus untuknya, ia menganalisa pixel pada gambar dan menggunakan algoritma tersendiri untuk memastikan saiz dan pelbagai data lain.
Algoritma untuknya masih dikategorikan sebagai dalam fasa pembangunan buat masa ini, tanpa sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan dilancarkan kepada umum atau sebarang perancangan produk untuknya.
Jika ia diperkenalkan kelak, mungkin ia akan menjadi salah satu fungsi yang menarik memandangkan pengguna boleh mengetahui kandungan kalori terus dengan merakamkan gambar sahaja, selain menjadikan pemakanan lebih sihat dan terkawal berbanding hari ini.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: guardian