Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Program Sentuh Anjing Hina...

Isu program 'I Want To Touch A Dog' yang berlangsung sabtu lepas di...

Kolam Pancing, Institut Memandu,...

KUALA LUMPUR - Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing,...

Lans Koperal Maut Motosikal...

SITIAWAN - Seorang anggota polis maut apabila motosikalnya melanggar belakang sebuah kontena yang...

93.7% Penduduk Kg. Baru...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 93.7 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju untuk menjual tanah...

GST: Kementerian Boleh Pastikan Anggaran Kutipan Pada Ogos

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan akan dapat memastikan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Ogos tahun ini, dengan syarat para peniaga mengemukakan penyata masing-masing mengikut tempoh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Chua Tee Yong berkata oleh itu adalah salah untuk mengandaikan GST akan melalui peralihan yang lancar.

“Kita (Malaysia) belum pun melepasi separuh tahun (pelaksanaan GST). Bagi mana-mana sistem (dilaksanakan), ia memerlukan minimum setahun,” katanya kepada pemberita pada program untuk pelanggan GST di sini hari ini.

Chua berkata setiap negara yang melaksanakan GST perlu mengambil masa untuk membuat penyesuaian, dan berkata pemilik perniagaan perlu memahami pentingnya mengemukakan pulangan cukai GST memandangkan pihak berkuasa mahu menyemak ketepatan dan bukan sekadar menghukum mereka serta-merta atas kesilapan yang dilakukan.

“Tujuannya untuk memastikan pematuhan bermaklumat, jika ada kesilapan, Kastam akan berusaha memberikan penjelasan lanjut serta memastikan perniagaan tidak mengulanginya.

“Bagaimanapun, ada kes perniagaan mengambil kesempatan seperti menuntut cukai input yang tinggi, yang dianggap sebagai sengaja melakukan penipuan dan bukan sebagai pematuhan,” katanya.


Chua berkata pihak berkuasa tidak memaksa pematuhan tetapi lebih kepada pematuhan bermaklumat yang meliputi penyebaran maklumat yang boleh dipercayai.

Program pelanggan GST akan dilaksanakan oleh 42 pejabat dan bahagian GST di seluruh negara dalam dua peringkat.

Peringkat pertama dilakukan baru-baru ini di 19 kawasan, manakala di peringkat kedua dari 22 Jun hingga 3 Julai pula meliputi zon tengah, selatan, timur dan utara selain Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori