Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

AirAsia Lantik Park Ji-Sung...

AIRASIA Bhd melantik ikon bola sepak Korea Selatan yang juga bekas bintang Kelab...

Impak Pemisah Laluan Basikal...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan melaksanakan kajian impak...

Henti Polis Pengiring Mahathir...

KUCHING - Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri, Tun...

Pelakon Tidak Semestinya Dedah...

AKTRES dan penyanyi Liyana Jasmay, 28; menegaskan bahawa mendedahkan tubuh badan kepada umum...

Gumpalan Rambut Sepanjang 5 Kaki Dalam Perut Remaja

India – Menjijikkan. Ketagihan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang suka makan rambut akhirnya membawa padah apabila gumpalan rambut berkenaan memenuhi perutnya.

Ia memaksa doktor melakukan pembedahan dan mereka berjaya mengeluarkan gumpalan rambut sepanjang lima kaki dalam perut Kavita Kumari.

Kavita mula ketagih makan rambut sejak setahun lalu dan dia bukan sahaja makan rambutnya malah turut mengutip rambut orang lain.

Hingga ke satu peringkat dia mencabut rambut kawannya di sekolah dan menelannya.

Keadaan itu menjadikan dia kehilangan selera makan dan akan muntah apabila dipaksa makan. Kavita juga selalu mengadu sakit perut.

Ketagihannya itu terbongkar selepas ibu bapanya membawa Kavita menemui doktor.

Selepas pemeriksaan barulah doktor menemui gumpalan rambut yang menjijikkan dalam perutnya.


Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Bahadur Sidharth, ketika remaja itu menemuinya, Kavita sangat lemah dan tidak bermaya.

Malah remaja itu juga tidak mampu berdiri akibat kesakitan yang amat sangat di bahagian perut.

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=792xAdMQnw8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori