MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tun M dikatakan sudah tidak sayang lagi kepada parti pimpinannya dahulu, UMNO, negara Malaysia serta bangsa Melayu.
Kenyataan tersebut dibuat oleh veteran UMNO setelah Tun M menghantar surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times.
TERDAHULU: Anifah Aman Bidas Kecaman Dr Mahathir
Menurut Datuk Mustapha Yaakub dalam laporan Sinar Harian, tindakan yang dilakukan Dr Mahathir bakal memberi kesan kepada UMNO dan kerajaan.
“Beliau sudah tidak sayang lagi kepada negara ini dan mahu melihat politik negara ini tidak stabil. Beliau juga sudah tidak sayangkan bangsa Melayu dan mahu melihat Melayu terus berpecah dan menjadi minoriti dalam majoriti.
“Malah tindakan Dr Mahathir akan membuka jalan kepada runtuhnya kuasa Melayu di negara ini.
“Biar apapun tindakan Dr Mahathir sudah pasti akan merugikan Melayu dan UMNO. Dr Mahathir telah memilih untuk melihat Melayu dan MNO berkecai. Kalau itulah pilihannya, maka Dr Mahathir akan dikenang sebagai tokoh yang merosakkan UMNO dan Melayu.”
Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Veteran UMNO berkata, tindakan memburuk-burukkan nama Malaysia di media antarabangsa yang dilakukan Tun M seolah-olah mengulangi perbuatan yang dilakukan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
“Veteran tidak menyangka Dr Mahathir sanggup merendahkan martabatnya sebegitu rupa semata-mata kerana marah dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Dr Mahathir Guna Taktik Anwar Terhadap Najib