Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Ahmad Zahid Menghadap...

KUALA LUMPUR - Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual...

Tukang Cat Didakwa Miliki...

KUANTAN - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

8 Ditahan, Lebih 52kg...

MELAKA - Polis Melaka menahan lapan anggota sindiket pengedaran dadah di negeri ini...

Takut Kena Saman, Pian...

SEBAB tu pepatah ada berkata, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata... Saman makan...

Guru Besar Tak Guna, Tiduri Murid Sendiri

LONDON – Menjijikkan. Seorang pengetua yang pernah dijulang kerana berjaya mengubah sekolah yang gagal kepada sekolah berprestasi tinggi, telah dipenjara selama lapan tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan dua budak bawah umur sekitar tahun 1980-an.

Anne Lakey, 55, yang pernah digelar guru berwawasan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika beliau mengajar sejarah di Sunderland.

Dalam satu emel yang dihantar ke sekolahnya pada 2012, salah seorang mangsa menceritakan bagaimana Anne membiarkan dia melihat wanita itu mandi sebelum merampas terunanya.

Mangsa memberitahu dia merasa terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah selepas melihat tulisan Anne di dalam blog yang mahu memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak muda.

Malah semasa perbicaraan dijalankan, Anne juga dilaporkan meniduri seorang lagi budak di dalam khemah ketika aktiviti perkhemahan diadakan.


Pada masa itu, suami keduanya, Eamonn Toland sedang tidur di dalam khemah berhampiran.

Susulan kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa menjadi keliru dan mengalami pengalaman yang menakutkan.

Anne yang telah berkahwin sebanyak tiga kali telah mendapat pujian di atas kerja cemerlang yang dilakukan di sekolahnya dan dinaikkan pangkat sebagai ketua eksekutif untuk kesatuan Durham. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/rNu5rCAEiJ8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori