Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wow! Pasangan Naik ‘Motor...

BANJIR yang melanda di kawasan Pantai Timur sejak minggu lalu dilaporkan semakin pulih...

Tinggal Anjing Dalam Keadaan...

Cuaca yang semakin panas ini menyebabkan orang ramai diberi amaran agar jangan tinggalkan...

QZ8501 Mungkin Selamat Mendarat...

Ketika operasi mencari dan menyelamat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 masih diteruskan masuk hari...

Sokong Maghribi Tuan Rumah...

DHAHRAN - Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Maghribi, Nasser Bourita berkata Sidang Kemuncak...

Guru Komited Tetap Ajar Pelajar Meskipun Nazak

China – Gambar ini memang menyedihkan. Bayangkan seorang guru, Liu Shenping, 34, yang sedang nazak, memanggil 20 pelajarnya dari Universiti Normal Sichuan untuk memberikan pelajaran terakhir kepada mereka sebelum dia meninggal dunia.

Liu, yang dirawat di hospital akibat kegagalan hati berbuat demikian kerana tahu dia tidak akan hidup lama dan mahu bertemu dengan pelajarnya itu untuk kali terakhir.

“Saya mahu menjadi guru yang berdedikasi. Memandangkan hidup saya menuju ke pengakhiran, saya berharap dapat memberikan pengalaman hidup kepada pelajar saya,’’ katanya.

teacher2

Disebabkan keadaan Liu yang semakin kritikal, kelas itu hanya dapat dijalankan selama 13 minit sahaja.

Namun beliau sempat mengingatkan pelajarnya supaya menjalani kehidupan dengan aman. Liu juga meminta pelajarnya supaya tidak mementingkan kebendaan kerana ia boleh mengalih perhatian terhadap apa yang penting dalam hidup.


Pelajarnya juga sempat menyanyikan lagi `Grateful Heart’ iaitu lagi popular bahasa Cina.

Menurut keluarga Liu, pilihan terbaik untuk rawatannya adalah pemindahan organ hati namun disebabkan mereka tidak mampu membiayai kos rawatan maka mereka telah terlepas dua peluang untuk mendapatkan organ baru.

Manakala rawatan lain yang digunakan untuk merawat Liu tidak memberikan kesan.

 

https://www.youtube.com/watch?v=C0TbNAKNO04

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori