Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seludup Cecair Heroin Dalam...

NEW YORK - Seorang doktor haiwan Colombia dihukum penjara enam tahun kerana menyeludup...

Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diminta mempermudahkan...

Cadangan Pengambilalihan 4 Konsesi...

KUALA LUMPUR – Cadangan Kementerian Kewangan untuk membeli empat konsesi lebuh raya pada...

JKDM Sabah Gagalkan Cubaan...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup dadah...

Guru Perlu Berakhlak Tinggi Jadi Contoh Pada Murid – Azlan

KANGAR – Para guru di negeri ini perlu menggembleng tenaga bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai ketinggian akhlak demi kepentingan masa depan mereka dan negara.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru juga perlu berakhlak mulia dan berdisiplin agar menjadi contoh kepada pelajar.

Beliau berkata walaupun tugas guru kini berdepan pelbagai cabaran, ia tidak seharusnya menjadi pematah semangat dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak murid mereka.

Azlan berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis di Dewan 2020 yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Perlis, Rooslee Ismail, di sini hari ini.


Terdahulu, Rooslee ketika berucap berkata adalah menjadi keazaman Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjadikan Perlis antara negeri terbaik dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pada majlis itu, Azlan turut menyampaikan anugerah Tokoh Guru 2015 kepada bekas timbalan pengarah pendidikan dan bekas pengarah Kolej Komuniti Arau, Abd. Wahab Ismail. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori