Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wayar Emas RM900,000 Dalam...

Seremban - Lima lelaki bersenjatakan kapak melarikan enam kotak wayar emas seberat 33...

PH Johor Tolak Pelaksanaan...

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada...

Pemain Bola Sepak Harus...

KUALA LUMPUR – Para pemain bola sepak harus mempunyai nilai integriti yang tinggi...

Warga Malaysia Maut Insiden...

BESUT - Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah...

Hadi Mahu Teruskan Kerjasama Dengan DAP-PKR

KUALA SELANGOR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKK).

Bagaimanapun Hadi mengingatkan supaya ahli PAS berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak luar selagi tidak bertentangan dengan peringatan Allah berhubung adab untuk bersama dengan orang kafir.

“PAS akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan sunnah,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Khamis.

Selain itu Hadi berkata pemimpin dan ahli PAS tidak boleh terlalu ghairah mengejar kemenangan dalam pilihan raya semata-mata sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan untuk menegakkan Islam.

“Kita sering mengingatkan pemimpin dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan, memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah.


“Allah menguji kita dengan sedikit kemangan, namun jangan kita lalai dengan kemenangan lupa amanah untuk menegakkan agama,” katanya sambil disambut laungan takbir. – mStar Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=d_ThqzAbjO0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori