Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Mungkin Naik...

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berkemungkinan perlu membayar harga lebih tinggi untuk barangan...

Harga Telur Turun Cetus...

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi...

Atlet Wanita Paling Cantik...

UNGKAPAN 'Beauty with brain' sering kali dikaitkan dengan wanita-wanita berkecimpung dalam arena peragaan...

Pemandu Berlagak ‘Polis Johor...

PIHAK polis bertindak menahan pemandu kereta Mercedes hitam bernombor plat Singapura, yang sebelum ini...

Hairul Azreen Terkilan Majlis Perkahwinannya Dipertikai Peminat

PELAKON Hairul Azreen Idris yang sah menjadi suami kepada Hanis Zalikha Zainal Rashid pada 5 Jun lalu mengakui terkilan apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan kemampuannya dalam berbelanja besar bagi meraikan majlis pernikahan dan resepsinya.

Menurut aktor berusia 27 tahun itu, perkara tersebut sepatutnya tidak menjadi satu isu kerana apa yang dilakukannya adalah mengikut kemampuan diir dan seikhlas hati.

“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira.

“Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai,” katanya memetik Harian Metro.

Hairul menyerahkan wang hantaran sebanyak RM91,019.90 sebagai simbolik kepada tarikh lahir isteri kesayangannya itu.


Disebabkan itu, ada cakap-cakap yang mengatakan pasangan itu sengaja mahu menunjuk-nunjuk dan riak dengan perkara tersebut.

“Janganlah pertikai majlis kami. Macam saya cakap tadi segala perbelanjaan mengikut kemampuan saya dan tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk.

“Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga. Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu. Doalah yang baik-baik buat dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,” ujarnya lagi.

Ahad ini akan berlangsung satu lagi majlis resepsi pasangan ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur selepas majlis resepsi sebelah keluarga Hanis diadakan Sabtu lalu di kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Hairul Azreen syukur bergelar suami isteri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori