Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Berita Viral Acappan Sudah...

HARI ini media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pelawak Acappan sudah memeluk agama...

Guru Matematik Tambahan Catat...

KUALA LUMPUR - Seorang guru Matematik Tambahan melakar nama dalam Malaysia Book Of...

Kempen Pensonic Tawar Hadiah...

PELUANG besar bagi rakyat Malaysia untuk rebut hadiah yang bakal diberikan pengeluar elektronik...

Konsert Coldplay Berlangsung Secara...

KUALA LUMPUR: Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur...

Hakisan Di Lereng Gunung Kinabalu Dijangka Jika Hujan Berterusan

KOTA KINABALU – Hujan diramalkan berterusan sepanjang Ramadan ini akan menyebabkan hakisan di lereng Gunung Kinabalu dan membawa batuan, tanah dan kayu mengalir ke lembah, lurah dan sungai, kata Ketua Bahagian Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah Jontih Enggihon.

Beliau berkata hujan berterusan akan lebih memburukkkan keadaan terutamanya di kawasan yang berhampiran sungai.

“Hakisan itu akan membentuk aliran lumpur yang membawa beribu tan tanah dan batu berat yang bergolek akan menghakis tebing dan dasar sungai seperti yang berlaku di Sungai Liwagu dan Mesilou,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Jontih berkata penduduk di sepanjang sungai terdedah kepada bahaya akibat hakisan tebing kesan daripada hentakan kuat daripada serpihan yang dibawa oleh banjir lumpur.

Menurutnya, keadaan itu adalah fasa selepas gempa yang berlaku dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya tindakan wajar tidak diambil.


Namun, beliau berkata Jawatankuasa Bencana Daerah bersama agensi-agensi berkaitan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan penduduk ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Jabatan Meteorologi meramalkan Sabah akan mengalami kekerapan hujan sepanjang Ramadan ini yang akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat.

Suhu di Sabah sepanjang Ramadan juga diramalkan 31 hingga 33 darjah Celsius dengan kadar taburan hujan antara 200mm hingga 300mm. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori