Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Fenomena Supermoon Tarik Perhatian...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk melihat Bulan Penuh Perigee...

Zahid Yakin POTA Dapat...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis...

Hotel Anti-Islam Di Kuantan...

PUTRAJAYA - Sebelum ini netizen bukan Muslim kecoh isu kontroversi kedai dobi 'mesra...

Subsidi Diteruskan Biarpun Kos...

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan pemberian subsidi kepada jemaah akan diteruskan biarpun kos...

Hati-Hati Bila Pak Syed “Kaki Kencing” Ini Mula Buka Cerita..

BERHATI-HATILAH, Ramadan tidak menjanjikan semua manusia terfikir untuk berbuat kebaikan apatah lagi menghormati bulan yang mulia ini.

Buktinya, seorang lelaki tergamak menipu saudara seagamanya pada hari pertama puasa dengan menggunakan bermacam-macam alasan palsu untuk memancing rasa sedih.

Agaknya spesis macam ni memang dah tau, bila tiba je Ramadan secara automatik ramai umat Islam akan mudah melakukan amal kebaikan.

Mujurlah, mangsa yang berkongsikan kisah ini di media sosial bertindak menghubungi orang lain sebelum menyerahkan wang kepadanya, kalau tak memang ribuan ringgit dah melayang kerana kasihankan sesama Islam.

kes tipu

Sebagai pengajaran, bacalah pengalaman mangsa di bawah dan berhati-hati jika terjumpa mamat dalam gambar di atas yang mungkin akan memperkenalkan dirinya sebagai Syed Abdullah dan bercerita kononnya dia sedang dalam kesusahan..


Assalam.. Benda nie berlaku pada hari PERTAMA PUASA. Mula nak biarkan jer tp bila fikir2 balik, bape ramai yg telah dan akan jd mangsa jd aku kongsi jer lah. Bukan utk mengaibkan tp utk jd pengajaran supaya lebih berhati2.

Tgh buat keje ngan staf di Extra Cheras dtg 1 mamat ni tnya pasal under garment. Ok dah tunjuk sume smbg buat keje. Alih2 dia dtg blk n nak tanya pendapat. Bermula la cite2 psal kete BMW X6 dia kena pecah masa buat check up di HUKM. sume brg kena curi termasuk wallet. Dia keje di Dubai n blm lama transfer ke Mesia sbb projek di Spore. Aku ni yg kononnya x nak buruk sangka sbb hari pertama puasa, x kan dia nak tipu aku lg2 ngan nama Syed Abdullah pun dgr lah. X terlintas pun ni scam sbb cara dia ckp sgt meyakinkan.

Dia bgtau baru transfer rm5000 ke acc kwn sbb wallet n atm kad sume hilang. Kwn sms ckp dah withdraw tp x bole dtg. Siap tunjuk kat aku sms tu. Dia ckp anak tgh sakit di melaka. Kena balik mlka jugak aritu. Dia x mintak duit tapi tanya apa solution aku bole bg dia utk selesai masalah dia. End up dia kata dia nak transfer rm5k ke acc aku so aku tolong withdraw.

So transparent smpi suh aku buat transfer tu. Siap tunjuk balance baki duit dln acc ada rm300k.

Lepas transfer rm5k ke acc, aku suh call bank tnya bape lama nak masuk acc sbb x mau la lama2. Kalau dah credit ke acc bole aku kuarkan n bagi pd dia so aku buat keje aku. Dia kata ambik masa 2 jam. Pas 2 jam masih tak de duit tu. Dia start push kata nak balik mlka. Tnya bape aku bole bg dulu kat dia. Nnt balance bila dia turun kl ambik kete BMW dia. Start suh tnya kwn2 yg bole tolong pinjamkan duit nnt byr blk pakai duit yg kononnya dia credit dlm acc aku.


Allah gerakkan aku utk call My Yusman sbb kami ada bisness kuih raya, aku tnya yusman bape ada duit dlm acc. Smpi camtu sekali aku percaya kat mamat ni. Apa lg start la kena bebel ngan account manager aka auditor ni. And aku mcm baru sedar 50% benda ni sume betul2 ke tipu.

Smpi ke arini duit rm5k yg konon dia transfer tu x gak masuk2 dlm acc aku. Bayangkan kalau aku bg jer dulu duit aku atas alasan nnt duit yg dia transfer tu ganti la balik, x ke nangis air mata darah.

Untuk manusia yg bernama Syed Abdullah, moga Allah limpahkan taufik n hidayah pd nko. Tenteram n bahagia ke hidup nko ngan menipu camni. Kalau 40 org sumpah nko x ke jd kenyataan.

Utk sahabat2 sume, jgn mudah percaya when it comes to money. Org bole manis mulut smpi kena kencing manis tp kita kena lebih hati2.

Moral of the story, don’t easily trust people. Zaman sekarang mcm2 bole jadi.

SLMT BERPUASA, MOGA RAMADHAN NI MEMBERI 1000 KEBERKATAN DLM HIDUP KITA.

ASSALAMUALAIKUM

Kesimpulannya sentiasalah beringat bahawa kerana duit.. ramai manusia tak teragak-agak menjual agama! – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=A5VjytP4Abw

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori