Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

400 Mayat Dikebumi Tanpa...

Bangkok - Selepas 10 tahun bencana tsunami berlaku, ada hampir 400 mayat belum...

Keluar Lagu, Vokal Sajat...

TERDAHULU kita digemparkan dengan penghasilan singleĀ sulung pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berjudul I...

Lelaki Warga Nepal Diberkas...

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah inap desa...

Jangan Mudah Percaya Kandungan...

NEW YORK - Pelajar Malaysia di luar negara digesa supaya tidak mudah menerima...

Helikopter Dinaiki Zahid Tidak Hadapi Masalah Seperti Dilapor Kompas

KUALA LUMPUR – Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.

Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya berkata helikopter itu tidak mendarat di lokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.

“Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.

“Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk,” katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di sini hari ini.


Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.

Semalam, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori