Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pembentung Gagal Tampung Air,...

CYBERJAYA - Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah...

COVID-19: Individu Darah A...

BEIJING - Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih...

Putin Gesa Penyelesaian Diplomatik...

BEIJING - Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menggesa penyelesaian diplomatik segera berhubung Korea...

Hutang Isi Rumah Di...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hutang isi rumah di Malaysia...

Henti Sebar Khabar Angin Cuti Umum Susulan Gempa BumiSabah

KOTA KINABALU – Orang ramai diberi amaran agar tidak menyebarkan khabar angin bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengisytiharkan hari kelepasan am susulan gempa bumi sederhana melanda Sabah pagi ini.

Menurut kenyataan Pejabat Akhbarnya di sini, mesej itu mendakwa ketua menteri membuat pengumuman yang menjadi viral di media sosial, terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sila maklum bahawa berita yang menyatakan Ketua Menteri Sabah telah mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum susulan gempa bumi itu adalah palsu.

“Sila hentikan penyebaran berita palsu itu,” kata kenyataan berkenaan.

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.


Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar berkaitan gempa bumi itu pada 1.45 tengah hari ini. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori