Susulan khabar angin perletakkan jawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertiup kencang dua hari lalu, ia ternyata hanya satu salah faham.
Dalam kenyataan terbarunya di ruangan sosial sama, Hishammuddin yang menggunakan akaun @HishammuddinH20 menjawab soalan beberapa pengikutnya dengan menafikan perkara itu.
1MDB: Hishammuddin Sanggup Lepas Jawatan Sekiranya…
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut berkata, status yang dimuat naiknya pada 1 Jun lalu telah ‘diputar-belit secara negatif oleh pihak tidak bertanggungjawab’ sehingga pelbagai spekulasi timbul.
https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/605887012411830272
https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/605345535101247489
Pada Isnin lalu, Hishammuddin mengejutkan ramai pihak apabila dikhabarkan bakal meletak jawatan setelah Perdana Menteri membuat usul berkenaan untuk ahli kabinet yang tidak memberi sokongan kepada pemulihan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Hishammuddin Tolong Pelancong Ambil Gambar Jadi Viral Di Media Sosial