SEBUAH hotel mewah di Switzerland, Hotel Monopol mengambil langkah mempamerkan foto-foto mangsa kebuluran di Afrika Selatan sebagai peringatan kepada pelanggan restoran mereka supaya tidak membazirkan makanan.
Gambar-gambar tersebut diletakkan berhampiran meja buffet restoran hotel itu agar mengambil makanan sekadar yang perlu sahaja.
Menurut pengurus hotel itu, Brigitte Heller, idea itu timbul selepas mereka berhadapan dengan banyak pembaziran makanan daripada pelanggan hotel yang gemar membuang makanan buffet yang diambil mereka.
Notis yang terdapat di restoran itu berbunyi, “Selamat pagi pelanggan yang dihormati. Di atas sebab etika dan moral, kami penduduk di Switzerland tidak membuang sebarang makanan yang diambil. Sila ambil makanan yang anda nak makan sahaja. Terima kasih di atas kerjasama anda.” – MYNEWSHUB.CC
Resepi kitar semula elak pembaziran makanan