KUALA LUMPUR – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menghentikan pelaksanaan inisiatif ‘Cabin OK’ dan mula menilai semula inisiatif itu secara menyeluruh berikutan kebimbangan yang disuarakan, terutama di Amerika Utara.
Ini termasuk pembabitan lanjut dengan peserta program, keanggotaan IATA dan pemegang utama kepentingan, kata IATA dalam satu kenyataan hari ini.
Inisiatif Cabin OK dilancarkan pada 9 Jun lepas dengan matlamat memberi jaminan kepada penumpang bahawa beg bimbit mereka boleh dibawa ke dalam kabin walaupun penerbangan penuh. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=LXWm2_k-HpI