Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Kecelaruan’ Isu Permit Kempen...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menolak usul meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik...

24 Maut Bas Bertembung...

PUEBLA - Sekurang-kurangnya 24 terbunuh, manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung...

LGE Patut Minta SPRM...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya mencabar Datuk Shabuddin Yahaya...

Jual Gitar John Lennon...

SEBUAH gitar milik lagenda muzik, John Lennon yang pernah hilang dan dipercayai dicuri...

Ibu 3 Anak Didakwa Ubah Wang Haram RM1.2 Juta

PETALING JAYA – Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tiga anak yang ditinggalkan suami warganegara Nigeria apabila dia berdepan dengan 14 pertuduhan mengubah wang haram melibatkan RM1.2 juta.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Noor Azlina Khalil, 42, seorang ahli perniagaan, didakwa melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu menerima wang hasil daripada aktiviti haram di Bank Al-Rajhi cawangan Puchong, Bank CIMB cawangan Seri Petaling dan Seri Kembangan, Serdang antara 20 Jun 2014 hingga 26 Jun 2014.

Dia yang memiliki sebuah perniagaan kereta sewa dan satu syarikat perkhidmatan katering didakwa mengikut subsekyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya A.S Thangavelu menawarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Esther Tan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung tiga orang anak dan bapanya yang uzur.


Noor Azlina turut memberitahu mahkamah, suaminya seorang warga Nigeria, telah meninggalkannya dan pulang ke negara asal.

Hakim Abu Bakar Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Abu Bakar menetapkan 17 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Di luar mahkamah, anak remaja lelaki tertuduh, memberitahu wartawan, keluarganya sedang berusaha mendapatkan wang jaminan untuk ibunya itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori