BAGI meraikan hari graduasi anaknya yang tamat pengajian sekolah menengahnya, seorang ibu dari New Jersey, Amerika sanggup menempah iklan billboard bagi menyatakan perasaan bangganya dengan anaknya itu serta berkongsi keterujaan itu dengan seluruh penduduk di situ.
Menulis quote “A mother can’t raise a man, but I raised a gentleman. We have the total package. Love, your family. Congratulations 2015!”
Ovella O’Neil, ibu tunggal yang membesarkan enam orang anak, mengambil keputusan untuk memaparkan penghargaan itu buat anak lelakinya, Aljelani Igwe, 18, yang disifatkannya seorang anak yang sangat bijak dan cemerlang dalam bidang akademik.
Aljelani kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej dalam bidang kejuruteraan dan ketika ditanya wartawan CBS apakah cita-citanya di masa akan datang, ini jawapannya, “saya nak ada rumah sendiri manakala mak saya mahu kereta BMW dan saya akan berusaha keras untuk memilikinya”.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=zfs-bKkMcks