SUSULAN isu yang menyatakan pelakon bersahaja, Kristen Stewart sebenarnya merupakan seorang lesbian kerana sedang menjalinkan hubungan dengan pembantu peribadinya, ibunya kini tampil menafikan bahawa dia yang mengesahkan perkara itu.
Jules Stewart tampil menyatakan dia tidak mengesahkan hubungan anaknya itu dengan Alicia Cargile yang dikatakan adalah teman wanita Kristen selepas perkara itu viral di laman sosial.
[TERBONGKAR! KRISTEN STEWART SEORANG LESBIAN RUPANYA..]
Ibu kepada pelakon yang berusia 25 tahun itu memberitahu sumber yang dalam temubual bersamanya sebelum ini, dia tidak langsung bercakap mengenai Kristen.
“Saya bercakap dengan Sharon Feinstein mengenai filem terbaru saya iaitu K-11 dan ianya dipamerkan dalam Muzium Hollywood, kebetulan ianya dipamerkan dibawah sepanduk tentang Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual (LGBT), lalu dia bertanyakan mengenai pendapat saya tentang isu itu.
“Saya dengan bangga meluahkan pendapat saya dan kemudiannya kami berbincang mengenai pengumpulan dana yang saya kendalikan untuk TheWolfconnection.org, dan lansung tidak berbincang tentang Kristen,” katanya.
Dia juga mengaku ada ditanya mengenai Alicia namun dia hanya memberi respon Alicia adalah seorang wanita yang cantik.
Untuk menyokong kenyataan Jules, Sharon yang menemubual wanita itu menyatakan di laman makro twitternya dia akan berkongsi rakaman audio yang telah dirakamnya hari ini.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: US Weekly
https://www.youtube.com/watch?v=io4Qkue7SZo
Oleh: Pitt