HILANG pertimbangan dan kewarasan selepas mengambil minuman keras, seorang ibu tegar mengunyah kulit kepala anak perempuannya sendiri yang baru berusia 2 tahun.
Kejadian yang berlaku di Gopalpur, Bengal Barat, India itu bagaimanapun berjaya dihentikan setelah bapa saudara kepada mangsa, Dablu terdengar jeritannya.
Dia yang juga saksi kejadian terkejut ketika mendapati si ibu, Parmila, 40, sedang memotong kulit kepala anak perempuannya, Bharati, sebelum menjamah.
BERKAITAN: Remuk Hati Ibu, Yaya Didera Sampai Patah Tulang
Dablu kemudiannya terus merampas budak malang tersebut sebelum mengejarnya ke hospital tempatan dan dirawat di unit rawatan rapi kerana kecederaan parah.
“Saya berlari ketika terdengar jeritan namun saya terkejut dengan apa yang dilihat.
“Bharati dalam keadaan berdarah teruk sementara Parmila sedang memakan daging yang baru disiat dari kepala anaknya. Saya terus menarik Bharati dan membawanya ke Kolej Perubatan Malda dan hospital.”
Selepas isu tersebut menjadi perbualan penduduk sekitar, mereka sepakat berhimpun di rumah Parmila sebelum bertindak mengikat dan memukulnya.
Ibu beranak tiga yang bergelut dengan masalah ketagihan alkohol itu akhirnya mengakui kesalahan tersebut namun tidak dapat menerangkan sebab dia bertindak demikian.
Kakak iparnya kemudian menghubungi polis kerana Parmila dipukul sebelum pihak polis datang dan menyuraikan orang ramai.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Dera Bayi – Mangsa Kena Campak & Dihentak Dengan Kejam
https://www.youtube.com/watch?v=UzTTkupkhgM