Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Susukan Anak Guna...

Menjadi seorang ibu bukan sesuatu yang mudah tetapi bagi seorang ibu yang juga...

Kes COVID-19 Dijangka Naik,...

PUTRAJAYA - Menjangkakan wabak COVID-19, yang melanda dunia sekarang dengan Malaysia tidak terkecuali...

Mimbar Masjid Kariah Nerasau...

REMBAU - Keunikan mimbar Masjid Kariah Nerasau di sini, yang kini mendekati usia...

6 Tindakan Perkhidmatan Kesihatan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bakal melaksanakan enam tindakan bagi menangani pelbagai isu...

Imej ‘Beruk’ Berjaya Kurangkan Sampah Di P.Pinang

TINDAKAN Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menggunakan imej beruk sebagai alternatif tanda larangan membuang sampah ternyata membuahkan hasil apabila jumlah sampah haram di kawasan tersebut menurun dengan mendadak.

Pihak MPSP  telah mengeluarkan empat papan tanda yang mengatakan bahawa “sesiapa membuang sampah di merata-rata tempat adalah lebih bodoh daripada beruk.”

Papan tanda itu dikeluarkan dalam tiga bahasa yang memaparkan gambar seekor beruk menjelirkan lidahnya.

Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan pihak MPSP iaitu penggunaan imej beruk jelir lidah dilihat agak kasar dan seakan bersifat provokasi daripada netizen.

beruk (1)

Bagi menjawab persoalan tersebut, memetik laporan The Star, Ahli Majlis MPSP, David Marshel memberitahu papan tanda itu hanya ditempatkan di kawasan pembuangan sampah secara haram.


“Saya percaya mesej itu dapat disampaikan kepada orang awam yang tidak bertanggungjawab. Kita meletakkan papan tanda ini di Taman Kepar dekat sebuah sekolah dan kadar sampah yang dibuang menurun hampir ke paras sifar sekarang berbanding satu tan seminggu sebelum ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga turut mengatakan MPSP tidak mempunyai perancangan untuk meletakkan papan tanda tambahan setakat ini.

Marshel berkata, pendekatan baharu itu digunakan kerana papan tanda sebelum ini yang mengatakan jumlah denda yang dikenakan tidak berkesan untuk mengatasi pembuangan sampah secara haram.

-MYNEWHSUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori