Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Klinik 1Malaysia Sandakan Mudah...

SANDAKAN - Pewujudan tujuh Klinik 1Malaysia di daerah ini membolehkan masyarakat mencapai akses...

Demi Telefon Bimbit, Wanita...

BOLEH dikatakan zaman milenium kini manusia seakan-akan tidak boleh hidup tanpa gajet pintar...

Ujian Poligraf Mampu Tangani...

KUALA LUMPUR - Penggunaan alat poligraf, sebuah alat pengesan pembohongan secara berkala dilihat...

Trump Ugut Mahu Kenakan...

FARGO, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengancam akan mengenakan...

Indonesia Negara Tunggal Dunia Import Kereta Terlaris Jepun

JAKARTA – Model Daihatsu Copen direka khusus untuk pasaran Jepun, yang popular dengan segmen kei car atau kereta saiz kecil; dan ia cukup laris kerana amat sesuai dengan cita rasa penduduk di negara tersebut.

Generasi pertama kereta spesifikasi sedan sport coupe convertible ini dengan dua pintu dan enjin 659 cc telah dikeluarkan di Jepun pada 2002 sehingga 2012, manakala generasi kedua pula baharu bermula 2014 lalu.

Uniknya kereta ini pernah dijual di pasaran Kesatuan Eropah (EU) sebelum dihentikan pada 2013 kerana nilai mata wang yen yang terlalu kuat berbanding euro sekali gus menjejaskan eksport Jepun ke negara-negara EU.

Namun, wakil tunggal pengimport Daihatsu di Indonesia, PT Astra Daihatsu Motor (ADM) mengambil peluang ‘dikosongkan’ EU untuk menjadikan republik itu sebagai negara tunggal di dunia menjual eksklusif model Copen.

Ironi usaha itu bukan semudah disangkakan kerana Jepun tidak sewenang-wenang mengeksport kereta ke negara berisiko rugi dari segi bisnes apatah lagi Indonesia hanya popular dengan model saiz besar dan pacuan 4 roda.

Tidak seperti rantau Asia tenggara yang lain, rakyat Indonesia pada umumnya gemar kereta keluarga jenis multi purpose vehicle atau MPV seperti Toyota Avanza,  Hyundai Kia, Nissan Livina, Cherry Tiggo atau Proton Exora.


Justeru, kejayaan ADM meyakinkan Daihatsu untuk memasarkan Copen di Indonesia mendapat liputan luas media Jepun dengan sasaran khusus kepada golongan remaja dan eksekutif muda yang belum lagi berkeluarga.

Bermula 1 Jun lalu, Copen secara rasmi sudah mula dijual tetapi terhad di ejen ADM Jakarta, Tangerang, Bekasi dan Surabaya pada harga 416,550,000 rupiah (RM116,388) untuk model transmisi lima gear kelajuan manual.

Manakala model transmisi automatik dijual hanya khas pembeli tertentu dengan harga 431,550,000 (RM120,579), kata Pengarah Pemasaran ADM, Amelia Tjandra kepada media tempatan pada sesi pandu uji di Bali baru-baru ini.

“Copen dirancang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Indonesia negara pertama import Copen setelah usaha meyakinkan Daihatsu menerusi pameran motor antarabangsa di Jakarta bermula dua tahun lalu,” jelas Amelia.

Untuk pasaran Indonesia, Copen berstatus Completely Built-up iaitu dipasang terus di Jepun dan hanya ada satu perbezaan iaitu head unit atau sistem hiburan dalaman yang terpaksa dibuat semula di kilang automotif ADM.

Ini kerana format asal Jepun tidak sesuai dengan Indonesia dan perlu diubah kepada model Pioneer skrin 7 inci yang dapat disambung kepada telefon pintar menerusi Bluetooth atau Mirror-link. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori