Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wakil Rakyat Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka,...

4 Ultras Malaya Termasuk...

SHAH ALAM - Empat penyokong pasukan Harimau Malaya (Ultras Malaya) termasuk seorang penuntut...

Ketua Polis Negara Arah...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyarankan Ahli...

GEMPAR! Bintang Badminton Positif...

Sukan badminton Malaysia dikejutkan semalam dengan berita seorang pemain utama badminton negara gagal...

Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

BARU-BARU ini masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba merobohkan struktur huruf UMNO dibina di depan bangunan ibu pejabat negeri parti itu di George Town.

Susulan insiden itu, ramai netizen menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan itu sebagai usaha kerajaan DAP Pulau Pinang sedikit demi sedikit mahu menghapuskan segala kesan pengaruh parti Melayu tersebut di negeri itu.

Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang ‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan Islam.

Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974 atas alasan sama.

Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah negara ini.

sg1

Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila berkuasa kelak.

Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.

Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.

Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau Pinang.

Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan awam.

sg3

Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.

Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus daripada universiti itu.

Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di Singapura!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.


Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak kerajaan.

sg2

Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum bermasalah.

Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai menjalani hukuman, empat Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai tuduhan.

Hal ini mengakibatkan mereka susah mendapat pekerjaan dan terpaksa bekerja dengan gaji kecil sehingga ke usia tua manakala yang serik, akan ‘bawa diri’ dengan berhijrah ke Malaysia serta memohon kerakyatan di negara ini.

Diskriminasi turut diamalkan dalam perkhidmatan tentera dan polis apabila anak Melayu sukar memasuki perjawatan strategik sebaliknya hanya ditempatkan dalam pasukan pertahanan awam yang kurang berisiko.

Banyak lagi tekanan diskriminasi yang tidak perlu diceritakan kerana amat sensitif, tetapi malang Melayu di Malaysia ada masih tidak sedar diri akan nikmat berkerajaan sendiri dan rela menjadi ‘hamba boneka’ DAP.

Sesuatu yang cuba dirahsiakan, pemerintah Singapura turut memecah kesatuan umat Melayu di republik itu dengan membenarkan kad pengenalan mencatat nama bangsa mengikut suku kaum, bukan diseragamkan sebagai Melayu.

Situasi ini menyebabkan masyarakat Melayu khasnya generasi muda lebih bangga selesa merujuk jati diri mereka sama ada Banjar, Jawa, Bugis, Arab, Mamak, Minang, Rawa, Aceh dan sebagainya; tetapi jangan disebut Melayu.

Mungkin nasib orang Melayu di Malaysia bakal sama dengan Melayu Singapura dan lebih teruk kalau kita masih seronok bertelagah dalam isu politik remeh namun, ‘bunga-bunga’ sudah pun dapat dilihat jelas di Pulau Pinang.

Belum lagi DAP memerintah Malaysia, pemimpin parti itu lantang mempersoalkan banyak isu sensitif termasuk agihan wang zakat, agensi dana seperti Mara, kemasukan ke UiTM, rejimen askar Melayu Diraja dan banyak lagi.

Lebih aib, ada orang Melayu sanggup dipergunakan DAP, meminjam ayat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri; mereka ini ibarat broker dan baruah yang tergamak khianati bangsa sendiri. – MYNEWSHUB.CC

2 KOMEN

  1. Org melayu.punya kekutan.yg hebat cuma kita tak kenal diri bangsa melayu punya takluk yg luas. Baik hati melayu akhirnya dipijak kepala .. melayu sanggup berkongsi tanah serta kuasa namun manusia yg rakus cuba mengambil kesempatan atas baik hati tapi bukan bodoh.. kekuatan melayu hanya pada islam namun bila melayu tinggalkan islam pasti tiada lagi apa yg nak dibangga…

    org singapura bangga dgn tanah kerajaan melayu yg diberi pada cina
    tapi ingat lah sebenarnya melayu baik hati ..apa yg perlu dilakukan rumpun melayu adalah dakwahkan kaum bukan islam yg masuk ke nusantara .. pasti melayu akan selamat.. tapi bila org islam tutup mulut dari ckp tentang kebesaran Allah makan banyakk org bukan islam tak dapat hidayat ..og islam sibuk membesarkan makhluk tapi bukan yg mentadbir seluruh kehidupan ini yakni Allah… makin sesatlah anak cucu adam..serta berbunuh bunuh kerna penyakit hati…kau bayangkan pemimpin yg korang sanjung bukan islam bagi kemewahan untuk kehidupan dunia tapi diakhirat dibakar keneraka sebab tak kenal Allah .. tak beriman pada Allah. ..jadi sapa yg patut dia salahkan kalu bukan org islam yg kenal Allah.. maka didunia lahi org islam akan disebat oleh Allah jika tak bawa kerja kenabian sebagai maksud hidup. ..melayu cina india tak jadi hak asalkan ianya kenal tuhan yg satu adalah Allah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori