Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Skuad Hoki Remaja Lelaki...

HEBATā€¦ Skuad hoki Malaysia terus gah mencipta nama apabila Skuad hoki lelaki Bawah-18...

Tok Mat Harapan Malaysia...

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada...

Jalan Raya Di Klang...

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di sekitar Klang dinaiki air hampir satu meter...

Lelaki Temui Ajal Dipenggal...

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja...

Isteri Allahyarham Kapten MH17 Berniaga Di Bazar Ramadan

PEMERGIAN Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada tahun lalu kini mendorong balunya, Mariyam Yusoff berikhtiar mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan di bazar Ramadhan.

Hasrat berniaga dan menjual biskut raya adalah kesinambungan perniagaan yang diusahakannya sebelum ini sepanjang Ramadan pada 2013

Bagaimanapun ibu kepada Wan Yunus Uzair, 12, dan Wan Yusuf Irfan, 10, ini memutuskan untuk berehat daripada berniaga pada Ramadan tahun lalu selepas dinasihatkan suami.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œTahun lalu sebelum kejadian (nahas MH17), arwah berpesan supaya tidak berniaga kerana kata arwah masanya tidak menentu di rumah jadi lebih baik masa yang ada diluangkan bersamanya dan anak-anak.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSebagai isteri, saya akur. Ia adalah antara pesanan terakhir arwah. Tetapi sekarang saya kembali berniaga untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan bersama anak-anak,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya memetik laporanƃā€šĆ‚Ā dari mStar Online.

MARIAM YUSOF / SHAH ALAM

Pesawat yang dikendalikan Wan Amran terhempas di timur Ukraine dipercayai ditembak jatuh mengorbankan kesemua 295 penumpang dan anak kapal ketika umat Islam juga menjalani ibadah puasa pada ketika itu.

Berkenaan perniagaannya, Mariyam mengusahakannya bersama rakan Hana Shakirah Mohd Yusuff iaitu jirannya di kawasan kediaman mereka di Alam Impian, Shah Alam.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSeperti sebelum ini, saya mengusahakan perniagaan biskut raya secara kecil-kecilan. Saya buat tart nenas dan setakat ini sudah terima tempahan kira-kira 100 balang.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œTart nenas yang saya jual ada dua jenis, satu yang biasa berharga RM30 sebalang dan premium RM45 sebalang. Satu balang ada kira-kira 45 sehingga 50 biji,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Mariyam turut berniaga bersama peniaga lain di Bazar Ramadan Alam Pimpian di kawasan Masjid Alam Impian.


Tarikan utama yang disukai pelanggan dengan beliau ialah ikan percik, kerabu daging dan perut yang dibuat sendiri.

yam2

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKebiasaannya di mana-mana bazar Ramadan, peniaga lebih gemar menjual ayam percik jadi saya buat kelainan dengan menjual ikan percik menggunakan ikan selar dan ikan kerisi.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSelain itu, ada juga dijual sambal kentang dan sambal bawang pedas yang saya buat sendiri,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

yam5

Selain makanan yang disebut tadi, beliau juga ada menyediakan jualan juadah berbuka puasa seperti Laksa Penang, Coklat Brownies dan Biskut Bangkit Cheese.

Ini katanya, termasuk beberapa produk rempah nasi arab seperti Kabsah Ayam, Nasi Maqluba Ayam, Nasi Mandi Ayam Saudi dan Nasi Mandy Kambing Yaman.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œAlhamdulillah dengan peluang yang diberikan kepada saya untuk berniaga. Sejak hari pertama puasa, ikan percik dan kerabu yang paling banyak mendapat sambutan, sampai ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“licinƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œDengan banyak tempahan untuk tart nenas, di samping berniaga di bazar, saya memang sibuk sepanjang Ramadan ini. Syukur kerana ramai yang turut membantu. Rezeki untuk anak-anak,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori